Friday, December 25, 2009

Cinta bukan bererti memiliki! (SANDERA CINTA)

Salam...
Maaf, dah lama siti x mencoret dlm blog ni kn...
idea xde...walaupun byk yg terjd dlm hidup ni sepjg msa tu...
hmmm... Siti ada nk kongsi sesuatu...


Cinta dan memiliki itu suatu yang berbeza. Jangan silap tentang hakikat itu. Ramai pasanga suami isteri 'terkorban' cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan 'memiliki'.



Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itulah yang diutamakan. Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati. Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, maka itu bukan cinta. Itu MEMPERALATKAN CINTA namanya!


Untuk bebas daripada memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, jadikanlah cinta ALLAH sebagai asas dan di atas segala cinta.


p/s: apa pendapat kwn2 semua?
MySpace